INTERNATIONAL
Gua Tham Luang dibuka kepada orang ramai

Gua Tham Luang dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula semalam. -Bangkok Post
GUA Tham Luang dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula Jumaat.
Gua yang terletak di Taman Negara Tham Luang Khun Nam Nang Non, Thailand ini terkenal di seluruh dunia susulan operasi menyelamat 12 kanak-kanak yang terperangkap dalam tragedi banjir gua tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 2,000 pelawat dilaporkan mengunjungi taman ini bagi melihat secara dekat kawasan operasi menyelamat yang mengemparkan dunia itu, lapor Bangkok Post.
Bagaimanapun hanya 20 pelawat dibenarkan masuk ke gua itu dalam satu masa dan perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami