awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2023
02:15 MYT
The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu
Karikatur Netanyahu karya Steve Bell sedang memegang pisau bedah dianggap stereotaip anti-Yahudi dan anti-Semitik. - Foto agensi
LONDON: Akhbar Britain, The Guardian memecat kartunis senior, Steve Bell kerana melukis karikatur Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang memegang pisau bedah.
Menurut pengkritik, imej Netanyahu itu dianggap stereotaip anti-Yahudi dan anti-Semitik.
The Guardian yang telah menerbitkan ribuan karikatur satira pemimpin dunia dilapor enggan menyiarkan karikatur Netanyahu tersebut.
"Keputusan telah dibuat untuk tidak memperbaharui kontrak Steve Bell.
"Kartun Steve Bell telah menjadi bahagian penting dalam Guardian sejak 40 tahun lalu," menurut penerbit Guardian News and Media dalam satu kenyataan.
Bell telah menyumbang karyanya kepada The Guardian sejak 1983 dan beberapa daripada ratusan kartunnya selama ini dituduh memasukkan stereotaip anti-Yahudi.
Kartun terbaharu disiarkan Bell di media sosial memaparkan Netanyahu memegang pisau bedah dan bersiap sedia memotong hirisan berbentuk peta Gaza di perutnya dengan kapsyen "Penduduk Gaza, keluar sekarang".
Sementara itu, Bell dalam reaksinya berkata: "Saya tidak mempromosikan stereotaip anti-Semitik yang berbahaya."
Britain mempunyai tradisi penyiaran kartun atau karikatur yang menunjukkan ahli politik dalam bentuk keterlaluan dan aneh.
Bell sendiri pernah melukis imej beberapa bekas perdana menteri antaranya John Major memakai seluar dalam, David Cameron menyarungkan kondom bersaiz gergasi di kepalanya dan Tony Blair dengan mata besar yang jahat. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#karikatur
#Benjamin Netanyahu
#Steve Bell
#dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan