awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka

Bernama
Bernama
05/08/2025
10:00 MYT
Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka
Letusan dikatakan semakin aktif sejak Isnin, menghamburkan empat kepulan debu berasingan dari Klyuchevskoy, termasuk satu daripadanya mencapai ketinggian 9 kilometer dari paras laut. - Gambar/ IG @artemsheldr
VLADIVOSTOK: Gunung berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia meletus dan memuntahkan asap serta abu setinggi tujuh kilometer ke udara pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Gunung berapi Klyuchevskoy di Kamchatka, Rusia meletus dan memuntahkan abu setinggi tujuh kilometer, dengan satu kepulan mencapai sembilan kilometer, namun tiada penempatan atau pelancong terjejas.
  • Amaran kod jingga dikeluarkan berikutan potensi bahaya terhadap penerbangan, dengan abu bergerak ke arah tenggara menuju Lautan Pasifik.
  • Pihak berkuasa memberi amaran agar tidak menghampiri kawasan dalam radius 10 kilometer dari gunung berapi aktif lain yang turut berpotensi menghamburkan abu setinggi enam hingga 10 kilometer.

"Tiada penempatan di laluan debu, dan tiada debu jatuh direkodkan di kawasan berpenduduk. "Tiada kumpulan pelancong berdaftar dilaporkan berada berhampiran kawasan gunung berapi ketika kejadian berlaku," kata Kementerian Situasi Kecemasan Kamchatka di saluran Telegramnya.
Susulan letusan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kod jingga, menunjukkan kebarangkalian tinggi pelepasan debu dan potensi bahaya terhadap penerbangan, memandangkan abu bergerak ke arah tenggara menuju Lautan Pasifik.
Letusan dikatakan semakin aktif sejak Isnin, menghamburkan empat kepulan debu berasingan dari Klyuchevskoy, termasuk satu daripadanya mencapai ketinggian 9 kilometer dari paras laut.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa beberapa gunung berapi aktif lain di rantau berkenaan masih berpotensi menghamburkan abu setinggi enam hingga 10 kilometer.
Penduduk serta pelancong dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan dalam radius 10 kilometer dari mana-mana gunung berapi aktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Gunung Klyuchevskoy
#kamchatka
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan