awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azeem Fahmi catat 6.60s untuk raih tempat pertama
AGC terima kertas siasatan kadet PALAPES Syamsul Haris minggu lalu
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Semeru di Indonesia meletus, hamburkan aliran awan panas sejauh 4 km

Bernama
Bernama
09/01/2026
21:15 MYT
Gunung Semeru di Indonesia meletus, hamburkan aliran awan panas sejauh 4 km
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Jumaat, menghamburkan aliran awan panas yang menjangkau kira-kira empat kilometer dari puncaknya. - Gambar Reuters
JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Jumaat, menghamburkan aliran awan panas yang menjangkau kira-kira empat kilometer (km) dari puncaknya, lapor Agensi Berita ANTARA.
Pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian Alfian berkata, letusan berlaku pada 3.13 petang dan berterusan sehingga sekurang-kurangnya tiga jam kemudian.
Berdasarkan pemantauan televisyen litar tertutup (CCTV) pada 4.01 petang, aliran awan panas diperhatikan telah berhenti kira-kira lima km dari puncak.
"Hamburan abu berwarna kelabu dengan intensiti tinggi, condong ke arah utara dan timur laut. Letusan itu direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan berdurasi kira-kira 19 minit 52 saat," Alfian dipetik sebagai berkata.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia telah menaikkan status aktiviti gunung berapi Semeru kepada Tahap III (Amaran) pada 19 Nov 2025.
PVMBG berkata, peningkatan status itu berdasarkan aktiviti seismik yang semakin rancak, letusan kerap yang disertai runtuhan lava pijar, serta potensi aliran awan panas di sepanjang sungai dan lembah yang berpunca dari puncak.
Pusat itu juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13km dari puncak.
Di luar jarak tersebut, penduduk juga dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan berikutan potensi peluasan aliran awan panas dan aliran lava yang boleh mencecah sehingga 17km dari puncak.
Orang ramai seterusnya digesa untuk mengelakkan aktiviti dalam radius lima km dari kawah atau puncak kerana risiko terkena lontaran batu pijar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Gunung Semeru
#Gunung Semeru meletus
#aliran awan panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami