awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, pelajar maut ditembak di sebuah sekolah di Amerika

Agensi
Agensi
16/12/2024
23:00 MYT
Guru, pelajar maut ditembak di sebuah sekolah di Amerika
Tiga orang dilaporkan maut dalam kejadian tembakan di Abundant Life Christian School di Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat, pada Isnin. - Gambar AP
WISCONSIN, AMERIKA SYARIKAT : Seorang guru dan pelajar maut dalam kejadian tembakan di Abundant Life Christian School di Madison, dekat sini, pada Isnin, menurut polis tempatan.
Selain guru dan pelajar berkenaan, seorang suspek remaja juga turut meninggal dinia dalam serangan itu, kata Ketua Polis Bandaraya, Shon Barnes.
Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan, suspek yang dipercayai melancarkan serangan itu meninggal dunia ketika polis tiba di lokasi merupakan pelajar perempuan di sekolah tersebut.
Kejadian itu turut menyebabkan enam pelajar lain mengalami kecederaan termasuk dua orang parah.
Ketika ini polis sedang melakukan siasatan untuk mengetahui motif kejadian dan keluarga suspek memberikan kerjasama yang baik, kata Barnes.
Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Madison, Satya Rhodes-Conway berkata, "hari ini merupakan hari yang sangat menyedihkan bagi komuniti kita."
Walaupun kejadian itu, kata Rhodes-Conway, tidak memberi ancaman kepada komuniti pada masa ini, namun, beliau menegaskan bahawa “keseluruhan komuniti telah terjejas oleh insiden tragik ini.”
Beliau turut menyeru agar langkah yang lebih baik diambil untuk mencegah keganasan senjata api.
“Saya pernah memberi pendapat bahawa kita perlu melakukan lebih baik di negara kita dan komuniti kita untuk mencegah keganasan senjata api.
“Dan saya berharap hari seperti ini tidak akan berlaku di Madison
“Ini bukan sesuatu yang mana-mana datuk bandar, ketua bomba, ketua polis, atau mana-mana pegawai awam ingin hadapi,” jelas beliau dalam sidang akhbar. - Agensi
Topic Berkaitan
#guru maut
#tembakan di sekolah
#Abundant Life Christian School
#remaja sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan