awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hagia Sophia: Presiden Turki minta semua hormati keputusan mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2020
00:30 MYT
Hagia Sophia: Presiden Turki minta semua hormati keputusan mahkamah
Menurut Erdogan, menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status tapak warisan Hagia Sophia. -AP
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta semua pihak menghormati keputusan undang-undang untuk menukar status bangunan ikonik Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.
Hagia Sophia ditukar status kepada masjid
Jelas Erdogan, adalah menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status tapak warisan tersebut.
“Saya meminta semua menghormati keputusan yang dibuat oleh cabang kehakiman mengenai Hagia Sophia.
"Sudah tentu kami menghargai segala pandangan yang dinyatakan komuniti antarabangsa mengenai hal ini.
"Adalah menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status Hagia Sophia,” katanya.
Jelas Erdogan, Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada semua pengunjung.
Masjid itu akan dibuka untuk solat Jumaat bermula 24 Julai depan.
Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam.
Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.
Topic Berkaitan
#bangunan ikonik
#Constantinople
#Hagia Sophia
#Istanbul
#Recep Tayyip Erdogan
#status tapak warisan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan