GAZA: Hamas bersetuju dengan usul dikemukakan utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff untuk gencatan senjata di Gaza.
Perkara itu dilaporkan Reuters memetik sumber pegawai Palestin yang mempunyai hubungan rapat dengan Hamas.
Cadangan baharu itu menyebut pembebasan sepuluh tebusan Israel dan 70 hari gencatan senjata, selain pengunduran separa pasukan ketenteraan rejim Zionis dari Gaza.
Pada waktu sama, usul berkenaan turut membutirkan pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel, melibatkan ratusan yang menjalani hukuman penjara jangka masa panjang.
Ia memberikan sinar untuk pergolakan di rantau berkenaan ditamatkan.
Setakat ini belum ada maklum balas diberikan pentadbiran Israel.
Dapatkan berita terkini di sini