awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanoi larang pelawat kunjungi kedai kopi di sepanjang landasan kereta api

Bernama
Bernama
06/04/2023
20:30 MYT
Hanoi larang pelawat kunjungi kedai kopi di sepanjang landasan kereta api
Terdapat lebih 30 kedai kopi di sepanjang landasan kereta api yang melalui wad Hang Bong, Cua Dong, Cua Nam, Hang Ma dan Dong Xuan. - Foto BERNAMA
HANOI: Hanoi melarang kunjungan ke kedai-kedai kopi yang memenuhi sepanjang landasan kereta api, destinasi popular bagi ramai pelawat asing, untuk memastikan keselamatan pengunjung, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Jabatan Pelancongan Perbandaran berkata pihaknya telah meminta perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan di bandar itu supaya tidak menawarkan lawatan sedemikian dan menggalakkan pelancong, terutama warga asing supaya tidak mengunjungi dan mengambil gambar di kedai kopi.
Jabatan itu juga meminta agensi-agensi berkaitan supaya mematuhi peraturan mengenai keselamatan lalu lintas rel dan ketenteraman bandar dan menugaskan pasukan penyiasatnya untuk meningkatkan pemeriksaan dan menangani sebarang salah laku.
Terdapat lebih 30 kedai kopi di sepanjang landasan kereta api yang melalui wad Hang Bong, Cua Dong, Cua Nam, Hang Ma dan Dong Xuan.
Daerah Hoan Kiem telah berulang kali mengarahkan penutupan kedai kopi di sepanjang landasan kereta api dan meminta penduduk tempatan tidak menjalankan perniagaan ini di tapak berbahaya, namun keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Hanoi menerima kira-kira 978,700 warga asing dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 5.9 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Pelancongan Perbandaran.
Ibu negara itu menyasarkan untuk menyambut 22 juta pelancong tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#landasan kereta api
#pelancongan
#warga asing
#Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan