awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hezbollah serang Haifa, akibatkan kemalangan jiwa

Bernama
Bernama
06/10/2024
23:50 MYT
Hezbollah serang Haifa, akibatkan kemalangan jiwa
Anggota penyelamat Israel memeriksa tapak di mana peluru berpandu jatuh, di tengah-tengah konflik antara Hezbollah dan Israel, di Haifa, utara Israel, 7 Okt 2024. REUTERS
BEIRUT/BAITULMAQDIS: Hezbollah menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa pada malam Ahad dan menyebabkan kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik kenyataan kumpulan itu.
"Dalam tindak balas terhadap serangan ke atas orang awam dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis, kami melancarkan serangan peluru berpandu 'Fadi 1' ke arah pangkalan Carmel di selatan Haifa pada malam Ahad.
"Kami akan terus bersiap sedia untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tugasnya bagi menghalang musuh daripada berterusan melakukan pencerobohan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa selepas siren berbunyi lewat Ahad di kawasan Galilee, kira-kira 15 peluru berpandu dikenal pasti melintasi sempadan dari Lubnan.
Beberapa peluru berpandu berjaya dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan berkenaan.
Beberapa kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan roket di bandar Haifa dan Tiberias, lapor media Israel.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan dipindahkan ke Kampus Kesihatan Rambam di Haifa untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas serangan roket itu.
Sejak 23 Sept, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan susulan ketegangan dengan Hezbollah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Haifa
#Hezbollah
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan