awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Jenazah Nadia Kesuma dikebumi pagi esok di Jeddah
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh dijangka tiba Mac atau April ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong arah tanggalkan jaring perancah selepas kebakaran paling dahsyat

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2025
00:20 MYT
Hong Kong arah tanggalkan jaring perancah selepas kebakaran paling dahsyat
Kebakaran yang berlaku minggu lalu itu dianggap paling buruk dalam tempoh beberapa dekad di wilayah tersebut. - Foto REUTERS
HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan semua jaring keselamatan pada struktur perancah bangunan yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian ditanggalkan selewat-lewatnya Sabtu ini, susulan kebakaran besar di Wang Fuk Court yang meragut sekurang-kurangnya 159 nyawa.
Arahan drastik itu menyusul selepas siasatan awal mendapati jaring pelindung yang digunakan di kompleks perumahan tersebut gagal memenuhi piawaian tahan api.
Kebakaran yang berlaku minggu lalu itu dianggap paling buruk dalam tempoh beberapa dekad di wilayah tersebut, melibatkan tujuh blok pangsapuri yang sedang dalam proses pengubahsuaian dan dilitupi perancah buluh serta jaring pelindung.
Setiausaha Pembangunan Bernadette Linn memaklumkan bahawa lebih 200 bangunan swasta dan 10 premis awam akan terkesan dengan arahan ini.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baharu bagi pengujian bahan perancah minggu depan.
Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki telah ditahan kerana disyaki mengemukakan sijil keselamatan palsu berkaitan sistem penggera kebakaran di Wang Fuk Court.
Siasatan juga mendapati pengilang jaring keselamatan dari Shandong, China, dipercayai memalsukan dokumen keselamatan bagi bahan yang digunakan di beberapa tapak pembinaan lain di Chai Wan dan Fortress Hill.
Langkah ini mencerminkan tekanan awam yang semakin meningkat terhadap keselamatan bangunan di tengah-tengah kebimbangan mengenai penguatkuasaan piawaian pembinaan dan pemantauan kontraktor.
Topic Berkaitan
#jaring keselamatan
#struktur perancah bangunan
#kebakaran
#piawaian tahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan