Skip to main content

Dunia

Hong Kong kuat kuasa larangan vape di tempat awam

51738151815_Vape.jpg
Di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan itu, mana-mana individu yang didapati memiliki produk merokok alternatif dalam kuantiti kecil di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga HK$3,000 (kira-kira RM1,825). -Gambar fail

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong mula menguatkuasakan larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di ruang awam bermula Khamis sebagai usaha mengekang penggunaan tembakau dan melindungi kesihatan awam.

Sekurang-kurangnya empat individu dilapor telah dikenakan tindakan pada hari pertama penguatkuasaan, termasuk seorang lelaki yang peranti vape miliknya dirampas oleh pegawai bertugas.

Advertisement

Langkah drastik itu menyaksikan anggota penguat kuasa dikerah ke seluruh daerah perniagaan pusat bagi memberikan penerangan serta mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan baharu tersebut.

Di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan itu, mana-mana individu yang didapati memiliki produk merokok alternatif dalam kuantiti kecil di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga HK$3,000 (kira-kira RM1,825).

Bagi kes pemilikan dalam jumlah yang besar, pesalah berdepan hukuman lebih berat, termasuk kemungkinan hukuman penjara.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Hong Kong untuk mewujudkan persekitaran bebas asap rokok secara menyeluruh.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah pun mengharamkan import, pembuatan dan penjualan produk berkenaan, namun penguatkuasaan terbaharu ini kini merangkumi larangan pemilikan dan penggunaan di kawasan awam.

Must Watch Video