awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat berterusan akibatkan tanah runtuh di Vietnam, 22 anggota tentera tertimbus

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
18/10/2020
12:24 MYT
Hujan lebat berterusan akibatkan tanah runtuh di Vietnam, 22 anggota tentera tertimbus
Tanah runtuh melanda sebuah kem tentera di kaki gunung berikutan hujan lebat selama seminggu di wilayah Quang Tri. -AP
HANOI:Sekurang-kurangnya 22 anggota tentera maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tengah Vietnam susulan hujan lebat berterusan, pada Ahad.
Insiden itu berlaku seminggu selepas 13 orang dilaporkan terbunuh juga akibat tanah runtuh.
Dalam kejadian terbaharu itu, hujan lebat selama seminggu di wilayah Quang Tri, mengakibatkan pergerakan tanah sebelum runtuhan melanda kem tentera di kaki gunung berkenaan.
Media tempatan melaporkan, lapan orang berjaya menyelamatkan diri sementara 22 yang lain dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Sementara itu, dalam kejadian Khamis lalu, pasukan penyelamat menemui 13 mayat, dengan 11 daripadanya anggota tentera, di kawasan tanah runtuh di Thua Thien-Hue.
Pasukan itu terdahulu dilaporkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian tanah runtuh yang lain untuk membantu operasi mencari dan menyelamat 16 pekerja tapak pembinaan loji hidroelektrik yang tertimbus.
Topic Berkaitan
#Vietnam
#banjir
#tanah runtuh
#tentera
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan