awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IAEA memujuk Iran untuk bersetuju

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2013
23:35 MYT
IAEA memujuk Iran untuk bersetuju
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) komited mencari jalan penyelesaian terhadap krisis nuklear Iran.
Biarpun mengakui wujud perbezaan pendapat ketara, misi kini lebih tertumpu kepada memperhalusi dokumen untuk memujuk Iran bersetuju dengan peraturan yang dikemukakan.
Komitmen itu dinyatakan Ketua Perunding IAEA, Herman Nackaerts menjelang rundingan terbaru antara IAEA dan Iran di Vienna.
Rundingan ini adalah yang kesepuluh, sejak kali pertama ia bermula pada 2012.
“Seperti diketahui umum, terdapat perbezaan namun kami masih komited dengan rundingan ini. Kami akan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini dan kami akan bekerja keras hari ini untuk menyelesaikan perbezaan yang setia ada,” kata Nackaerts.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Perunding Iran, Saeed Jalili berada di Istanbul, untuk rundingan dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton.
Rundingan ini menyusul sebulan selepas dialog enam pihak dengan Iran, berakhir tanpa sebarang keputusan.
Sementara itu, warga Iran berpendapat sebarang rundingan perlu ditangguh sehingga pilihan raya selesai.
Ini kerana mereka membayangkan polisi Iran mungkin berubah, sekiranya kerajaan.
Blok barat dan sekutunya, sebelum ini bimbang program nuklear Iran akan membolehkan republik itu menghasilkan senjata kimia.
Namun Iran mempertahankan program nuklear mereka sekadar untuk tujuan menjana tenaga.
Topic Berkaitan
#Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
#IAEA
#krisis nuklear Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan