awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
MALAYSIA
Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

IAEA sahkan dua tapak pengeluaran pengempar Iran terkena serangan

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
09:50 MYT
IAEA sahkan dua tapak pengeluaran pengempar Iran terkena serangan
IAEA mengesahkan dua kemudahan pengeluaran pengempar di Iran, iaitu bengkel TESA Karaj dan Pusat Penyelidikan Nuklear Tehran, telah menjadi sasaran serangan udara Israel. -Gambar fail
TEHRAN: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan bahawa dua kemudahan pengeluaran pengempar di Iran telah menjadi sasaran serangan udara Israel.

Ringkasan AI
  • IAEA mengesahkan dua kemudahan pengeluaran pengempar di Iran, iaitu bengkel TESA Karaj dan Pusat Penyelidikan Nuklear Tehran, telah menjadi sasaran serangan udara Israel.
  • Serangan menyebabkan kerosakan besar, termasuk kemusnahan bangunan yang menghasilkan dan menguji rotor pengempar canggih, yang penting dalam proses pengayaan uranium.
  • Kedua-dua tapak sebelum ini dipantau oleh IAEA di bawah perjanjian nuklear, namun pemantauan terhenti selepas Iran mengurangkan kerjasama susulan penarikan diri AS dari perjanjian tersebut pada 2018, dan Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kerosakan atau korban.

Menurut IAEA dalam kenyataan yang disiarkan di platform X pada Rabu, serangan melibatkan bengkel TESA Karaj dan Pusat Penyelidikan Nuklear Tehran, dua lokasi penting dalam pembangunan komponen pengempar yang digunakan untuk pengayaan uranium.
“Di tapak Tehran, satu bangunan yang digunakan untuk pembuatan dan ujian rotor pengempar canggih telah terkena serangan.
"Di Karaj, dua bangunan yang menghasilkan komponen pengempar telah musnah,” kata agensi itu.
At the Tehran site, one building was hit where advanced centrifuge rotors were manufactured and tested. At Karaj, two buildings were destroyed where different centrifuge components were manufactured.
— IAEA - International Atomic Energy Agency (@iaeaorg) June 18, 2025
Kedua-dua tapak tersebut sebelum ini berada di bawah pemantauan IAEA sebagai sebahagian daripada perjanjian nuklear era Obama, namun pemantauan telah terhenti selepas Iran mengurangkan kerjasama dengan agensi itu susulan penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian tersebut pada 2018.
Setakat ini, Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tahap kerosakan atau jumlah korban di kedua-dua lokasi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#IAEA
#Pusat Penyelidikan Nuklear Tehran
#TESA Karaj
#rotor pengempar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami