Skip to main content

Dunia

Iceland bantah peta dimuat naik Trump

[TB]_Trump Iceland USA_TRUMP TRUTH SOCIAL MEDIA
Pada Isnin, Trump memuat naik peta Amerika Utara yang antara lain menunjukkan, Kanada, Greenland, Mexico, Cuba dan Iceland di bawah bendera AS. - Foto Truth Social Trump
Advertisement

WASHINGTON: Peta kontroversi Amerika Utara yang dikongsi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di platform Truth Social mencetuskan kemarahan di Iceland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Luar negara itu, Thorgerdur Katrín Gunnarsdottir memanggil Duta AS pada Isnin, menurut jurucakap kementerian kepada dpa. 

Beliau berkata, pihak AS telah dimaklumkan “dengan jelas” bahawa imej itu “sama sekali tidak wajar.”

Pada Isnin, Trump memuat naik peta Amerika Utara yang antara lain menunjukkan, antara lain, Kanada, Greenland, Mexico, Cuba dan Iceland di bawah bendera AS. 

Hanya satu nama negara tertera pada peta itu, iaitu AS. Trump tidak menyertakan sebarang ulasan bertulis pada peta berkenaan.

Trump yang merupakan anggota Parti Republikan berulang kali menyuarakan idea untuk mengilhakkan negara dan pulau lain.

Beliau pernah mencadangkan Kanada menjadi negeri ke-51 AS. 

Beliau juga mahu membeli Greenland dan mendakwa hanya AS mampu mempertahankan pulau milik Denmark itu daripada, contohnya, cita-cita Rusia atau China.

Paparan grafik itu turut mencetuskan kemarahan di Mexico. 

Presiden Claudia Sheinbaum menulis di platform X bahawa negaranya bukan dan tidak akan pernah menjadi tanah jajahan atau naungan negara asing.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen pula dipetik agensi berita Ritzau, penduduk Greenland berulang kali menjelaskan bahawa mereka tidak mahu menjadi sebahagian daripada AS.

 -- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement