awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah

Agensi
Agensi
24/05/2024
14:09 MYT
ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta. - Foto REUTERS/Johanna Geron
KUALA LUMPUR: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta.
Keputusan itu susulan permintaan Afrika Selatan untuk ICJ mengarahkan Israel menghentikan serangan Rafah dan berundur dari Gaza, sebahagian daripada kes yang lebih luas yang menuduh rejim Zionis itu melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Peguam Afrika Selatan menggesa ICJ minggu lalu untuk mengenakan langkah kecemasan, dan berkata serangan Israel ke atas bandar selatan Gaza itu "mesti dihentikan" untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin.
Keputusan ICJ ini adalah muktamad tetapi telah diabaikan sebelum ini.
Israel telah berulang kali menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai sebagai 'tidak berasas'.
Ia telah berhujah di mahkamah bahawa operasi di Gaza adalah mempertahankan diri dan disasarkan kepada militan Hamas yang menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.
Hujah yang dikemukakan oleh Presiden Nawaf Salam turut memberi tekanan bahawa langkah-langkah sementara pada Mac tidak menggambarkan situasi sebenar di Gaza, dan syarat-syarat baharu perlu untuk langkah kecemasan yang sesuai.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Gaza
#Palestin
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan