Polis di utara California mendedahkan video kepada awam bagi membantu mencari seorang pencuri cemerkap.

Aksi pencuri berkenaan dirakamkan dalam kamera litar tertutup sebuah kedai yang cuba dimasukinya.

Pencuri berkenaan yang memakai jaket kuning dan seluar bercorak terang meninjau ke dalam kedai itu sebelum berjalan pergi.

Beberapa saat kemudian, dia kembali lagi dengan memakai stokin muka dan cuba memecahkan cermin di kedai berkenaan, namun cubaannya gagal.

Kerana panik, lelaki itu lari lintang pukang dan terjatuh sebanyak dua kali.

Polis juga sudah mengenal pasti wajah lelaki itu dan meminta bantuan awam untuk mencarinya.