awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2022
02:20 MYT
Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Ujian calitan turut dilakukan ke atas ikan di selatam China baru-baru ini. - Foto Jinan Times
XIAMEN: Rakaman video telah muncul di pelbagai platform media sosial termasuk Douyin iaitu TikTok versi tempatan China yang menunjukkan pekerja-pekerja perubatan melakukan ujian calitan atau 'swab test' COVID-19 ke atas ikan dan ketam hidup baru-baru ini di bandar raya Xiamen, China.
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Jawatankuasa Daerah Kawalan Pandemik Maritim di Xiamen mengeluarkan notis menyatakan bahawa apabila nelayan-nelayan kembali ke pelabuhan, mereka dan hasil tangkapan laut mesti diuji dengan ujian perubatan COVID-19.
Seorang pekerja di Biro Pembangunan Lautan Perbandaran Xiamen memberitahu akhbar South China Morning Post: "Kami telah mengambil pengajaran dari Hainan yang menyaksikan wabak yang teruk."
Wilayah Hainan di tepi pantai, selatan China telah merekodkan lebih 10,000 kes COVID-19 sejak awal Ogos ini dan pihak berkuasa berkata percaya wabak tersebut mungkin ada kaitan dengan komuniti nelayan.
Media China telah lama menyatakan kebimbangan bahawa hidupan laut mungkin mempunyai kaitan dengan pandemik COVID-19.
Pandemik COVID-19 yang pertama dikaitkan dengan pasar haiwan dan makanan laut hidup di bandar Wuhan di tengah China sebelum ini.
China kekal komited terhadap sifar COVID, dasar yang mendapat sokongan domestik yang meluas tetapi juga memberi kesan kepada ramai rakyatnya. –Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ujian calitan
#ikan
#ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan