MAUI: Pasukan penyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan tali pengukur berat yang menjerat seekor ikan paus jenis humpback berusia dalam setahun.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat berkata, pasukan penyelamat berjaya memotong kira-kira 43 meter tali pengukur berat dari haiwan itu ketika ia ditemui di persisir pantai Maui pada Rabu.

Bahagian ekor dan sirip ikan paus itu terjerat sementara sebuah boya plastik terapung di bahagian belakang, katanya dalam satu kenyataan.

Haiwan berkenaan dilihat dalam keadaan stabil namun terdapat luka pada bahagian ekornya akibat tali pengukur berat itu.

Segala peralatan yang dikeluarkan itu akan dianalisa bagi mengenal pasti sumbernya.

"Haiwan berkenaan bersifat mengelak. Walaupun ia kekal di permukaan namun ia sangat laju sehingga mencapai kelajuan enam knot," kata kenyataan itu.

Seekor lagi ikan paus jenis humpback dewasa ditemui di luar pantai Hawaii awal bulan ini yang terjerat dengan serpihan laut.

BACA: Usaha mencari ikan paus humpback terjerat diteruskan


Marin Hawaii | Usaha mencari ikan paus terjerat diteruskan