Imej satelit dikeluarkan pada Ahad mendedahkan kerosakan pada kilang pemprosesan minyak Saudi Aramco setelah diserang oleh dron pada Sabtu lalu.

Imej dirakam satelit Sentinel 2 Suruhanjaya Eropah itu menunjukkan asap tebal di tengah kilang pemprosesan minyak terbesar dunia itu.

Pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Namun, Amerika Syarikat mendakwa Iran adalah dalang serangan.

Asap tebal kelihatan di kilang Aramco di Abqaiq, Arab Saudi, 14 Sept, 2019. REUTERS

Serangan itu menyebabkan kebakaran besar dan mengganggu proses penghasilan minyak Arab Saudi.

Arab Saudi berperang dengan pemberontak Houthi sejak 2015.