awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Britain 2025 berikutan pemulihan ekonomi

Bernama
Bernama
28/05/2025
13:34 MYT
IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Britain 2025 berikutan pemulihan ekonomi
IMF mengaitkan semakan itu dengan pemulihan ekonomi di Britain, dan pertumbuhan dijangka memperoleh momentum selepas kelembapan pada separuh kedua tahun 2024. - Unsplash - Veliko Karachiviev
LONDON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Britain bagi 2025 kepada 1.2 peratus, meningkat berbanding unjuran 1.1 peratus yang dibuat pada April lalu.
IMF mengaitkan semakan itu dengan pemulihan ekonomi di Britain, dan pertumbuhan dijangka memperoleh momentum selepas kelembapan pada separuh kedua tahun 2024.
Data awal menunjukkan ekonomi Britain mencatat prestasi melebihi jangkaan pasaran pada suku pertama 2025, lapor Xinhua.
IMF turut mengunjurkan ekonomi negara itu akan berkembang 1.4 peratus pada 2026, disokong oleh beberapa faktor termasuk pelonggaran dasar monetari, peningkatan kekayaan isi rumah, keyakinan pengguna bertambah baik, serta peningkatan perbelanjaan awam seperti yang digariskan dalam Belanjawan Oktober.
Namun, IMF turut memberi amaran mengenai beberapa risiko yang boleh menjejaskan prospek, termasuk ketegangan perdagangan global, kelembapan aktiviti ekonomi dalam kalangan rakan dagang Britain, dan kesan langsung daripada tarif AS yang masih berkuat kuasa.
IMF menganggarkan ketegangan perdagangan global boleh mengurangkan KDNK Britain sebanyak 0.3 peratus menjelang 2026.
IMF turut menekankan bahawa keadaan kewangan yang lebih ketat daripada jangkaan, digabungkan dengan peningkatan kecenderungan isi rumah untuk menyimpan secara berhati-hati, boleh menjejaskan pemulihan perbelanjaan swasta dan melambatkan pemulihan ekonomi.
Sementara itu, IMF menyatakan strategi fiskal kerajaan Britain bagi tempoh lima tahun akan datang menyokong pertumbuhan dengan baik sambil mengekalkan kemampanan fiskal.
Namun, IMF memberi amaran bahawa pilihan fiskal yang sukar mungkin diperlukan untuk menangani tekanan perbelanjaan dan membina semula penampan fiskal dalam jangka panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IMF
#pertumbuhan ekonomi
#Britain
#pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan