awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO

Bernama
Bernama
26/03/2023
08:41 MYT
India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO
Roket itu dilancarkan pada 9 pagi (03:30 GMT) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan yang terletak di pulau tenggara Sriharikota. - ISRO
NEW DELHI: Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) pada Ahad melancarkan roket LVM3 yang membawa 36 satelit komunikasi OneWeb.
Roket itu dilancarkan pada 9 pagi (03:30 GMT) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan yang terletak di pulau tenggara Sriharikota dan pelancaran berkenaan turut disiarkan oleh ISRO, lapor Sputnik.
Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit yang bakal menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.
Ini adalah kali kedua OneWeb menggunakan perkhidmatan ISRO untuk melancarkan satelit.
Sebelum ini, kelompok pertama 36 satelit OneWeb telah dilancarkan ke orbit pada Oktober 2022 dengan menggunakan roket India.
Projek OneWeb direka untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia menjelang 2027.
Pada November 2020, OneWeb mengisytiharkan muflis dan telah dijual kepada kerajaan United Kingdom dan syarikat India Bharti Global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#satelit
#OneWeb
#komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan