awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, Pakistan bertukar-tukar senarai aset nuklear dan tahanan

Bernama
Bernama
01/01/2025
12:44 MYT
India, Pakistan bertukar-tukar senarai aset nuklear dan tahanan
Pertukaran senarai aset nuklear ini merupakan kali ke-34 sejak amalan itu dimulakan pada 1992.
NEW DELHI: India dan Pakistan pada Rabu bertukar-tukar senarai tahunan aset nuklear dan tahanan yang berada dalam jagaan masing-masing.
Pertukaran senarai aset nuklear ini merupakan kali ke-34 sejak amalan itu dimulakan pada 1992.
Pertukaran senarai kemudahan dan lokasi nuklear yang dilindungi di bawah perjanjian dua hala mengenai larangan serangan terhadap kemudahan berkenaan telah dilaksanakan melalui saluran diplomatik secara serentak di New Delhi dan Islamabad, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Rabu.
India dan Pakistan turut bertukar-tukar senarai tahanan awam serta nelayan yang berada dalam tahanan masing-masing.
India berkongsi senarai 381 tahanan awam dan 81 nelayan yang merupakan rakyat Pakistan atau dipercayai warga Pakistan, manakala Pakistan berkongsi senarai 49 tahanan awam dan 217 nelayan yang merupakan rakyat India atau dipercayai warga India.
Di bawah perjanjian dua hala 2008 mengenai akses konsul kepada tahanan, kedua-dua negara bertukar-tukar senarai berkenaan pada 1 Januari dan 1 Julai setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Pakistan
#aset nuklear
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan