awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun

Bernama
Bernama
04/01/2025
12:00 MYT
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Tomiko Itooka meninggal dunia akibat faktor usia di sebuah rumah penjagaan warga emas pada 29 Disember lepas. - Gambar fail/AP
TOKYO: Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun, menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan stesen televisyen awam Jepun NHK pada Sabtu.
Tomiko Itooka meninggal dunia akibat faktor usia di sebuah rumah penjagaan warga emas pada 29 Disember lepas, lapor NHK, dengan memetik Majlis Bandaraya Ashiya di Wilayah Hyogo, selatan Jepun.
Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1908 di Osaka, merupakan anak sulung daripada tiga beradik, sebelum berpindah ke Ashiya kira-kira 30 tahun lepas, menurut NHK.
Itooka disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai individu tertua di dunia.
"Sepanjang hidupnya yang panjang, beliau telah memberi kita banyak contoh keberanian dan harapan. Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih dan menyampaikan takziah kepada keluarga serta orang tersayang beliau," kata Datuk Bandar Ashiya, Ryosuke Takashima seperti yang dipetik oleh stesen televisyen itu.
Populasi Jepun sedang mengalami peningkatan pesat golongan warga emas.
Sehingga September tahun lepas, Jepun merekodkan jumlah tertinggi lebih 95,100 individu berusia 100 tahun atau lebih. Ini menandakan tahun ke-54 berturut-turut peningkatan bilangan warga yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu tertua di dunia
#Jepun
#Tomiko Itooka
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan