Insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 'mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang', kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.
Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata PBB mengutuk "penembakan dasyat" pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan "yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah" dijalankan.
"Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.
Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka," kata Pillay dalam satu kenyataan.
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine yang menghadapi pergolakan, 17 Julai lepas semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang - 283 penumpang dan 15 krew. Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh.
Menurut AFP, Palang Merah secara rasmi menyatakan pada minggu lepas bahawa Ukraine kini berada dalam kancah perang saudara dan pengelasan ini bermakna pihak-pihak yang terlibat dalam konflik boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang.
Bernama
Mon Jul 28 2014
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay berucap di ibu pejabat PBB di Geneva, Switzerland. - AP Photo/Keystone, Martial Trezzini
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
SPRM, AFP teroka kerjasama bidang siasatan kewangan, perisikan
SPRM dan Australian Federal Police (AFP), akan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang siasatan kewangan dan perisikan, serta isu rasuah termasuk pengubahan wang haram.
'Nenek perkasa' ini jadi trend baharu, orang muda bertubuh lemah sangat tercabar!
Seorang nenek berusia 68 tahun berjaya mencuri tumpuan dengan kondisi tubuh yang 'padu' walaupun usianya sudah lanjut.
Polio kembali! Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan - KP Kesihatan
Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.
Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio
Bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.
Nissan rancang hentikan 10,000 pekerja di seluruh dunia
Nissan rancang untuk hentikan lebih 10,000 pekerjaan di seluruh dunia
Facebook kini lebih 'garang' perangi ancaman berita palsu
Berita palsu menjadi antara ancaman utama dalam ekosistem komunikasi digital di seluruh dunia.
Isu penahanan kru seludup dadah ke Australia: Ini jawapan Malindo Air
Menurut kenyataan tersebut Malindo Air menyatakan bahawa pihaknya belum menerima sebarang respon daripada kru terlibat ataupun AFP mengenai penahanan tersebut.
21 maut dalam dua letupan di Kabul
Sekurang-kurangnya 21 terbunuh, termasuk ketua jurugambar agensi berita Agence France-Presse (AFP) Shah Marai dan tiga lagi wartawan apabila dua letupan bunuh diri menggegarkan Kabul semalam.
QZ8501: Pencarian bersambung 7 pagi ini
Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa bersambung jam 7 pagi ini setelah pasukan penyelamat menghentikan usaha ekoran cuaca buruk semalam.
Majalah Time nobat Bulent Kilic sebagai Jurugambar Berita Terbaik 2014
Majalah Time menobatkan jurugambar AFP Bulent Kilic sebagai Jurugambar Berita Terbaik 2014 untuk foto-foto menarik yang dirakamnya.