UVALDE: Susulan insiden tembakan yang meragut 21 nyawa di Uvalde, Texas, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa sekatan baharu dikuatkuasakan ke atas pemilikan senjata api di negara itu.
Jelasnya, sudah tiba masanya untuk mengubah kekejaman ini kepada satu tindakan yang lebih tegas.
“Satu lagi kejadian buruk melibatkan pembunuhan beramai-ramai berlaku di sekolah rendah terhadap pelajar-pelajar tahun dua, tiga dan empat yang tidak bersalah.
“Malah kejadian itu turut menyebabkan ramai kanak-kanak yang tidak bersalah terpaksa melihat rakan-rakan mereka terbunuh begitu sahaja dan pastinya mereka akan mengingati kejadian kejam itu sepanjang hidup mereka.
“Sebagai sebuah negara, kita perlu bertanya bila kita akan menguatkuasakan undang-undang senjata api dan apa yang kita semua perlu lakukan,” katanya dalam ucapan sejurus tiba dari lawatan ke Asia di Washington, DC.
Biden yang jelas terkejut dengan berita tersebut turut mempersoalkan mengapa kejadian seumpama itu berlaku di negara itu sedangkan ia jarang terjadi di negara-negara lain.
“Kebanyakan rakyat Amerika menyokong undang-undang sedia ada termasuk undang-undang senjata api.
"Saya baru sahaja selesai lawatan dari Asia bersama pemimpin Asia. Dan dalam perjalanan pulang penerbangan saya mengambil masa 17 jam, sebelum dikejutkan dengan laporan ini.
“Apa yang menjadi persoalan juga adalah kenapa insiden tembakan seperti ini jarang berlaku di negara lain? Mengapa? Mereka ini mengalami masalah mental.
"Di negara lain, berlakunya pertikaian domestik. Mereka juga mengalami ketidaktentuan. Namun, kejadian seperti ini tidak berlaku sekerap apa yang berlaku di Amerika.
"Di mana pemimpin yang mempunyai keberanian untuk menegakkan keadilan?
“Sudah tiba masanya setiap tindakan dilakukan untuk setiap masyarakat di negara ini.
"Kita harus jelas kepada setiap pemimpin yang dilantik di negara ini, sudah tiba masa untuk ambil tindakan,” tegasnya.
Insiden tembakan yang berlaku di sekolah Robb Elementary mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa termasuk seorang guru.
Sebelum ini, Gabenor Texas Greg Abbott berkata, suspek merupakan salah seorang penduduk tempatan dalam komuniti tersebut.
Semasa kejadian, suspek yang dikenali sebagai Salvador Ramos, 18, bertindak memasuki sekolah itu membawa senjata api.
Suspek yang melancarkan serangan di dalam kawasan sekolah itu kemudian ditembak mati pihak berkuasa yang bergegas ke lokasi kejadian.
Tiada maklumat tentang motif serangan namun ia kini sedang disiasat.
BACA: Angka kematian meningkat kepada 21
BACA: Suspek dipercayai tembak nenek sebelum serang murid sekolah rendah - Gabenor
BACA: 14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah
Biden mengarahkan bendera AS dikibar separuh tiang bagi mengenang mangsa yang terkorban.
Kejadian pada Selasa ini menyusul selepas insiden tembakan rambang di Buffalo, New York yang mengorbankan 10 mangsa minggu lalu.
Astro Awani
Wed May 25 2022
BIDEN: Sudah tiba masanya untuk mengubah kekejaman ini kepada satu tindakan yang lebih tegas. -AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.