MOSCOW: Internet di Iran hampir terputus sepenuhnya selama lebih 500 jam atau 22 hari, menurut perkhidmatan pemantauan internet antarabangsa NetBlocks pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sambungan internet di Iran hampir lumpuh sepenuhnya sejak 28 Feb lepas. Pada 15 Mac, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata internet di Iran dihadkan atas sebab keselamatan memandangkan negara itu sedang berdepan serangan dan perlu melindungi rakyatnya.
Advertisement
“Selepas 528 jam, Iran kini memasuki hari ke-23 terasing daripada dunia ketika sekatan internet yang dikenakan rejim itu berterusan memasuki minggu keempat,” menurut NetBlocks dalam satu kenyataan di platform X.
Perkhidmatan itu menambah bahawa gangguan internet di Iran kini berlanjutan memasuki minggu keempat.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI