awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran haramkan penggunaan aplikasi 'Telegram' bermula April

Agensi
Agensi
01/04/2018
08:36 MYT
Iran haramkan penggunaan aplikasi 'Telegram' bermula April
Iran memutuskan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi komunikasi 'Telegram' yang disifatkan sebagai aplikasi yang tidak dapat dikesan. - Foto REUTERS
Iran memutuskan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi komunikasi 'Telegram' yang disifatkan sebagai aplikasi yang tidak dapat dikesan.
Tehran pada Ahad sebaliknya menjanjikan ia akan membangunkan aplikasi yang serupa dan dikendalikan sepenuhnya republik itu.
Menurut agensi berita Iran ILNA, Ketua jawatankuasa parlimen Iran untuk Keselamatan Nasional, Alaa Borojordi berkata keputusan yang dibuat pada Ahad itu akan berkuat kuasa bulan ini.
"Larangan itu akan bermula pada 20 April.
"Iran telah memutuskan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi komunikasi Telegram yang tidak dapat dikesan tetapi ia akan membangunkan aplikasi yang dikendalikan negara." jelasnya.
Iran telah mengharamkan 'Telegram' Disember tahun lalu untuk mencegah gerakan demonstrasi anti-rejim dari merebak di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, warga Iran dapat mengelak dari larangan tersebut dan terus menggunakan perkhidmatan pesanan 'Telegram' yang dirahsiakan untuk menyiarkan gambar dan video protes.
Sementara itu blok pembangkang Iran mengatakan bahawa langkah terbaharu Tehran itu bertujuan untuk melindungi kepimpinan sedia ada dengan menghentikan penggunaan aplikasi bagi membendung peningkatan jumlah demonstrasi yang membantah keadaan ekonomi yang semakin merosot, isu pemakaian tudung, atau isu diskriminasi di wilayah Ahwaz.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Iran
#keselamatan
#Parlimen
#pembangkang
#protes
#Telegram
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan