Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump

Trump berkata beliau berharap pihak Iran merundingkan sesuatu yang boleh diterima. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Sabtu Iran sedang mengadakan "perbincangan serius" dengan Washington, dan beliau berharap ia akan menghasilkan "sesuatu yang boleh diterima," lapor Anadolu Ajansi.
"Sudah tentu, saya tidak boleh memberitahu anda (butirannya), tetapi kami mempunyai kapal-kapal perang yang sangat besar sedang menuju ke arah sana. Saya berharap mereka merundingkan sesuatu yang boleh diterima," kata Trump kepada pemberita di atas pesawat Air Force One ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan muktamad mengenai Iran.
"Sesetengah pihak berpendapat ada yang tidak akan memeterai perjanjian rundingan yang memuaskan tanpa senjata nuklear, dan berkata mereka sepatutnya berbuat demikian, tetapi saya tidak tahu sama ada mereka akan lakukannya. Namun, mereka sedang bercakap dengan kami, serius bercakap dengan kami," katanya.
-- BERNAMA


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

