awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran seru negara Islam boikot Israel

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2023
00:00 MYT
Iran seru negara Islam boikot Israel
Pemerintah ulama Iran telah memberi amaran kepada Israel tentang peningkatan serangan jika Zionis itu gagal menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin. - Foto AP
DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara Islam untuk menghentikan eksport minyak dan makanan ke Israel serta menuntut penamatan pengebomannya di Semenanjung Gaza.
Pemerintah ulama Iran telah memberi amaran kepada Israel tentang peningkatan serangan jika Zionis itu gagal menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.
Menyokong perjuangan Palestin telah menjadi tonggak politik republik Islam itu sejak Revolusi Islam 1979.
Khamenei berkata, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam "jenayah perang terbaharu ini terhadap rakyat Palestin".
Tegasnya, dunia Islam tidak harus lupa dalam isu penting Gaza, mereka yang menentang negara Palestin yang tertindas adalah AS, Perancis dan Britain.
Israel telah lama menuduh pemerintah ulama Iran mencetuskan keganasan dengan membekalkan senjata kepada Hamas.
Tehran berkata, pihaknya memberi sokongan moral dan kewangan kepada kumpulan itu yang mengawal Semenanjung Gaza.
Tambah Khamenei lagi, salah satu tindakan barat yang tidak tahu malu ialah menuduh pejuang Palestin melakukan keganasan.
Topic Berkaitan
#Ayatollah Ali Khamenei
#Boikot Israel
#Palestin
#jenayah perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan