awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN
DUNIA
Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah
DUNIA
Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran tegaskan serangan ke atas Israel tindakan mempertahankan diri

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2025
02:45 MYT
Iran tegaskan serangan ke atas Israel tindakan mempertahankan diri
Duta dan Wakil Tetap Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani, menyampaikan kenyataan susulan serangan Israel ke atas Iran di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York. - Foto REUTERS
NEW YORK: Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa serangan balas negaranya terhadap Israel merupakan tindak balas yang sah dan seimbang, serta tertumpu sepenuhnya kepada sasaran ketenteraan.
Dalam sepucuk surat kepada Majlis Keselamatan PBB pada Isnin, Iravani menyatakan bahawa tindakan ketenteraan Iran dijalankan di bawah Perkara 51 Piagam PBB, yang membenarkan negara bertindak mempertahankan diri terhadap serangan bersenjata.
"Serangan ini adalah operasi defensif yang seimbang dan secara eksklusif menyasarkan objektif ketenteraan serta infrastruktur berkaitan," tegas Iravani.
Beliau turut memberi amaran bahawa mana-mana negara ketiga yang membantu Israel dalam serangan terhadap Iran dianggap "bersekongkol dari segi undang-undang dan akan turut memikul tanggungjawab atas akibat krisis ini."
Bercakap kepada wartawan selepas sesi Majlis Keselamatan, Iravani menyelar Amerika Syarikat secara langsung, dengan menyatakan: "Tanpa senjata, risikan dan sokongan politik dari AS, serangan ini tidak mungkin berlaku. Amerika Syarikat akan turut memikul tanggungjawab terhadap tindakan haram ini."
Tambah beliau lagi: "Iran tidak menyerang Israel. Iran tidak memulakan sebarang peperangan. Naratif ‘ancaman kewujudan’ itu adalah satu pembohongan."
Israel sebelum ini memulakan siri serangan udara secara mengejut pada Jumaat lalu, mengorbankan sebahagian besar kepimpinan tertinggi tentera Iran dan saintis nuklear utamanya.
Serangan itu, menurut Israel, bertujuan untuk "melumpuhkan program nuklear dan peluru berpandu balistik Iran."
Sebagai tindak balas, Iran telah melancarkan lebih 1,000 peluru berpandu dan dron ke arah wilayah Israel dalam tempoh 48 jam lalu.
Majlis Keselamatan telah mengadakan sesi khas pada Jumaat lalu atas permintaan Tehran, susulan serangan awal Israel ke atas sasaran di Iran.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#PBB
#Amir Saeid Iravani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami