TEHRAN: Iran menuntut pampasan bagi kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Fatemeh berkata Iran tidak memulakan peperangan itu, yang menyebabkan negara berkenaan menanggung “kerugian besar”, termasuk dari segi korban jiwa serta kerosakan terhadap kediaman dan infrastruktur awam.
Advertisement
Beliau turut berkata pampasan merupakan antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan, sambil menambah bahawa kawalan ke atas Selat Hormuz serta penarikan sekatan turut menjadi perkara utama lain yang perlu diambil kira.
“Kami bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan,” katanya.
-- BERNAMA-MNA