Israel lakukan 57 pelanggaran, serangan terhadap wartawan Palestin pada Nov

Tentera dan peneroka haram Israel melakukan 57 pelanggaran serta serangan terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki pada November, menurut laporan Palestinian Journalists Syndicate (PJS). -Gambar fail/AP
ISTANBUL: Tentera dan peneroka haram Israel melakukan 57 pelanggaran serta serangan terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki pada November, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Palestinian Journalists Syndicate (PJS) pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Tentera dan peneroka haram Israel melakukan 57 pelanggaran serta serangan terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki pada November, menurut laporan Palestinian Journalists Syndicate (PJS).
- Laporan bulanan dari Jawatankuasa Kebebasan Akhbar PJS mendokumentasikan 22 serangan terhadap wartawan oleh peneroka haram Israel, termasuk pelanggaran seperti menghalang liputan, mengejar wartawan, dan serangan fizikal.
- Ketua Jawatankuasa Kebebasan Akhbar PJS, Mohammed al-Lahham, menekankan perlunya tekanan antarabangsa terhadap Israel untuk memberikan perlindungan kepada wartawan Palestin dan menghentikan serangan harian yang menyebabkan kematian dan kecederaan dalam jumlah besar di Gaza.
Menurut laporan itu, dua wartawan di Tulkarem dan Gaza cedera akibat tembakan peluru hidup dan peluru plastik ketika membuat liputan di lapangan.
Peneroka haram Israel memainkan peranan utama dalam serangan serius yang berlaku di pelbagai kawasan di Tebing Barat, menurut laporan itu. Mereka melakukan 22 serangan terhadap wartawan, termasuk menghalang liputan, mengejar wartawan, memukul dengan kayu, membaling batu dan mengacukan senjata.
Laporan itu turut mendokumentasikan 16 kes penahanan dan halangan terhadap tugas wartawan, enam kes serangan fizikal secara langsung, empat kes rampasan peralatan serta pemadaman bahan secara paksa, dan dua kes senjata diacukan secara langsung kepada wartawan.
Selain itu, dua kes pemusnahan dan rampasan kenderaan, bersama dengan penangkapan seorang wartawan, serbuan rumah dan seorang wartawan dibawa ke mahkamah.
Ketua Jawatankuasa Kebebasan Akhbar PJS Mohammed al-Lahham berkata angka itu "mencerminkan dasar jelas yang bertujuan membisukan wartawan Palestin."
Beliau menggesa peningkatan tekanan antarabangsa terhadap Israel untuk menghentikan serangan harian dan menyediakan perlindungan antarabangsa kepada wartawan Palestin.
Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 70,000 orang - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - serta mencederakan hampir 171,000 yang lain di Gaza dalam serangan dua tahun yang terhenti di bawah perjanjian gencatan senjata pada 10 Okt.
Sekurang-kurangnya 1,088 rakyat Palestin turut maut dan 10,700 yang lain cedera dalam serangan oleh tentera dan peneroka haram Israel di wilayah diduduki sejak Oktober 2023. Lebih 20,500 orang turut ditahan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jumlah keseluruhan pelanggaran dan serangan yang dilakukan oleh tentera dan peneroka haram Israel terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza? A: Terdapat 57 pelanggaran serta serangan yang dilakukan oleh tentera dan peneroka haram Israel terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza.
- Q: Apakah jenis-jenis serangan yang dilaporkan dilakukan oleh peneroka haram Israel terhadap wartawan? A: Serangan yang dilaporkan termasuk menghalang liputan, mengejar wartawan, memukul dengan kayu, membaling batu, mengacukan senjata, penahanan, rampasan peralatan, pemadaman bahan secara paksa, serta serbuan rumah.
- Q: Berdasarkan laporan Jawatankuasa Kebebasan Akhbar PJS, berapakah jumlah wartawan yang cedera akibat tembakan peluru hidup dan peluru plastik semasa membuat liputan di lapangan? A: Terdapat dua wartawan yang dilaporkan cedera akibat tembakan peluru hidup dan peluru plastik semasa membuat liputan di lapangan.
- Q: Apakah kesan serangan yang dilakukan oleh tentera dan peneroka haram Israel terhadap wartawan Palestin? A: Kesannya termasuk cedera fisik, penahanan, rampasan peralatan, pemadaman bahan secara paksa, serbuan rumah, dan perlakuan ganas seperti menghalang liputan dan mengacukan senjata kepada wartawan.
- Q: Berapakah jumlah rakyat Palestin yang telah terbunuh dan cedera dalam serangan oleh tentera dan peneroka haram Israel sejak Oktober 2023? A: Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 1,088 rakyat Palestin telah terbunuh dan 10,700 yang lain cedera dalam serangan oleh tentera dan peneroka haram Israel di wilayah diduduki sejak Oktober 2023. Lebih 20,500 orang turut ditahan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

