awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lanjut tahanan wartawan Palestin Nasser Laham

Bernama
Bernama
08/07/2025
03:43 MYT
Israel lanjut tahanan wartawan Palestin Nasser Laham
Laham yang merupakan seorang wartawan terkemuka, ditahan awal pagi Isnin dalam satu serbuan tentera Israel di kediamannya di bandar Doha, berhampiran Bethlehem. - Gambar/ Journalist Support
RAMALLAH: Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel telah melanjutkan tempoh penahanan wartawan Palestin, Nasser Laham dengan kesnya dirujuk ke Mahkamah Tentera Ofer Israel sehingga Khamis ini.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Israel melanjutkan penahanan wartawan Palestin, Nasser Laham, yang ditahan dalam serbuan di rumahnya berhampiran Bethlehem; kesnya dirujuk ke Mahkamah Tentera Ofer sehingga Khamis.
  • Seramai 22 wartawan Palestin kini ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan, daripada keseluruhan 55 yang dipenjarakan, dengan 49 daripadanya ditahan sejak serangan berterusan Israel di Gaza bermula.
  • Wartawan Palestin yang ditahan mengalami penderaan sistematik seperti penyeksaan, kebuluran, pengabaian rawatan perubatan dan layanan tidak berperikemanusiaan, dengan tuduhan "menghasut" sering digunakan untuk menyekat kebebasan media.

Laham yang merupakan seorang wartawan terkemuka, ditahan awal pagi Isnin dalam satu serbuan tentera Israel di kediamannya di bandar Doha, berhampiran Bethlehem, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA),
Dalam serbuan itu, askar-askar Israel turut merosakkan harta benda di rumahnya dan menyebabkan kerosakan besar.
Setakat ini, jumlah wartawan Palestin yang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan oleh pihak berkuasa Israel meningkat kepada 22 orang, daripada keseluruhan 55 wartawan Palestin yang kini dipenjarakan.
Daripada jumlah itu, seramai 49 orang ditahan sejak bermulanya serangan berterusan Israel di Gaza.
Tentera Israel terus menyasarkan wartawan Palestin, sering kali dengan tuduhan "menghasut" di media sosial -- satu alasan yang digunakan sebagai justifikasi untuk mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan media.
Wartawan Palestin yang ditahan turut mengalami penderaan sistematik sama seperti tahanan Palestin lain, termasuk penyeksaan, kebuluran, pengabaian rawatan perubatan serta penghinaan dan layanan tidak berperikemanusiaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#genosid israel
#Gaza
#wartawan Palestin
#Nasser Laham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami