NEW YORK: Diplomat Palestin pada Isnin menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranan lebih besar bagi membantu menamatkan konflik.
Wakil tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour, ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB mendakwa, Israel sedang melakukan pembersihan etnik dan apartheid terang-terangan.
"Ada sebab mengapa pembersihan etnik boleh dilakukan di Palestin, mengapa apartheid mungkin berlaku di Palestin, mengapa pembunuhan beramai-ramai boleh dilakukan di Palestin. Ia adalah kerana pelaku yakin bahawa mereka tidak akan dipertanggungjawabkan.
"Mangsa Palestin selama beberapa dekad dibiarkan untuk dibunuh, dicacatkan, dipindahkan, dirampas harta dan dinafikan hak mereka yang paling asas sehingga kengerian memuncak dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” katanya.
Pihak berkuasa Palestin berkata, lebih 30,000 telah terbunuh akibat serangan selama berbulan-bulan oleh Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas 7 Oktober.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata, satu perempat daripada penduduk di Gaza, iaitu seramai 576,000 orang, kini selangkah daripada kebuluran, selepas hampir lima bulan serangan Israel ke atas Gaza bermula.
Israel dalam pada itu berkata ia tidak akan menamatkan perang sehingga Hamas dihapuskan.
Sementara itu, Hamas berkata, ia tidak akan membebaskan semua tebusannya tanpa perjanjian yang menamatkan perang.
Astro Awani
Tue Mar 05 2024
Riyad Mansour mendakwa, Israel sedang melakukan pembersihan etnik dan apartheid terang-terangan. - Foto fail/AP
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.