awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel terus dikecam negara Eropah susulan sekatan bantuan dan ancaman pengusiran di Gaza

Bernama
Bernama
20/05/2025
05:45 MYT
Israel terus dikecam negara Eropah susulan sekatan bantuan dan ancaman pengusiran di Gaza
Menteri Luar Sweden Maria Malmer Stenergard mengkritik kenyataan Netanyahu dan memberi amaran bahawa pengilhakan Gaza akan melanggar undang-undang antarabangsa. - Foto Reuters
HELSINKI: Pemimpin politik dari Finland dan Sweden pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza ekoran kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi bayangan Israel bercadang mengambil alih sepenuhnya Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Kebimbangan Finland dan Sweden terhadap krisis di Gaza: Pemimpin Finland dan Sweden menyuarakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza, serta menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan.
  • Pendirian terhadap tindakan Israel: Kedua-dua negara menggesa gencatan senjata segera dan penyambungan semula rundingan damai berdasarkan penyelesaian dua negara. Mereka juga memberi amaran bahawa pengusiran paksa merupakan jenayah perang dan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada resolusi.
  • Desakan sekatan terhadap Israel: Menteri Luar Sweden Maria Malmer Stenergard mengkritik kenyataan Netanyahu dan memberi amaran bahawa pengilhakan Gaza akan melanggar undang-undang antarabangsa. Sweden dan EU sedang menilai langkah-langkah untuk menyokong penduduk awam Gaza, termasuk kemungkinan mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel.

Dalam kenyataan bersama yang disiarkan di platform media sosial X, Presiden Finland Alexander Stubb, Perdana Menteri Petteri Orpo dan Menteri Luar Elina Valtonen menegaskan keperluan mendesak bagi memastikan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke wilayah itu.
Mereka menekankan bahawa bantuan kemanusiaan tidak seharusnya dipolitikkan dan memberi amaran bahawa pengusiran paksa merupakan jenayah perang dan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada resolusi yang dicadangkan.
Kepimpinan Finland turut menggesa gencatan senjata segera dan penyambungan semula rundingan damai berdasarkan penyelesaian dua negara.
Mereka mendesak Israel memenuhi kewajipan undang-undang antarabangsa serta memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan mesti dibenarkan beroperasi secara menyeluruh dan bebas di Gaza.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Sweden Maria Malmer Stenergard turut mengkritik kenyataan Netanyahu.
Dalam kenyataan bertulis kepada Televisyen Sweden, beliau memberi amaran bahawa jika hasrat Israel adalah untuk melakukan pengilhakan, ia merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa.
Stenergard mengulangi pendirian Sweden yang menyokong integriti wilayah Gaza dan menegaskan kerajaan berulang kali menuntut akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan.
Beliau berkata bahawa Sweden dan Kesatuan Eropah sedang menilai langkah-langkah untuk menyokong penduduk awam Gaza.
Dalam wawancara bersama agensi berita TT, beliau berkata Sweden akan mendesak EU mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel tertentu yang dituduh menyokong peluasan penempatan haram dan menghalang kemajuan ke arah penyelesaian dua negara.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan mana-mana menteri secara khusus.
Kenyataan Netanyahu itu dibuat awal Isnin, ketika Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya di Gaza.
Netanyahu berkata Israel akan "mengambil alih sepenuhnya" Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pemimpin Eropah
#kecam Israel
#pengusiran di Gaza
#sekatan bantuan
#Sweden
#Finland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami