awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tidak berniat duduki Gaza secara kekal - Netanyahu

Agensi
Agensi
11/01/2024
03:10 MYT
Israel tidak berniat duduki Gaza secara kekal - Netanyahu
Netanyahu mendakwa, pihak IDF telah melakukan yang terbaik untuk meminimumkan korban awam dalam melakukan serangan terhadap Hamas di Gaza. - Gambar fail
PERDANA Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel tidak berhasrat untuk menduduki Gaza secara kekal atau bertindak memindahkan penduduknya.
Pada masa sama, menerusi satu ucapan pada Rabu, beliau menolak gesaan menteri kanan untuk membina semula penempatan di wilayah itu dan menggalakkan penghijrahan Palestin.
Video ucapan dalam Bahasa Inggeris itu disiarkan di media sosial pada malam sebelum perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) The Hague bagi mendengar dakwaan genosid rejim Israel di Gaza.
"Saya ingin menjelaskan beberapa perkara. Israel tidak berhasrat untuk menduduki Gaza secara kekal atau memindahkan penduduk awamnya.
"Niat Israel adalah memerangi Hamas, bukan penduduk Palestin, dan kami melakukannya dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang perang antarabangsa.
"Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melakukan yang terbaik untuk meminimumkan korban awam. Sebaliknya, Hamas berusaha untuk memaksimumkan mereka dengan menggunakan orang awam Palestin sebagai perisai.
"IDF menggesa orang awam Palestin meninggalkan zon perang dengan menyebarkan risalah, membuat panggilan telefon, menyediakan koridor laluan selamat, manakala Hamas menghalang rakyat Palestin daripada meninggalkan kawasan itu dengan menghunus senjata dan melepaskan tembakan.
"Matlamat kami adalah untuk menyingkirkan Hamas dari Gaza dan membebaskan tebusan kami. Apabila ini dicapai, Gaza boleh jadi kawasan bebas tentera dan tidak lagi radikal, sekali gus mewujudkan kemungkinan untuk masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin," katanya.
Israel tidak berniat menduduki Gaza - Netanyahu
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Hamas
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan