awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Britain edar gambar comel Putera George sempena Krismas

AFP
AFP
14/12/2014
02:39 MYT
Istana Britain edar gambar comel  Putera George sempena Krismas
George bakal mendapat adik perempuan tahun depan setelah ibunya, Kate mengandung dan dijangka bersalin pada April nanti. - Foto AFP
Istana Britain pada Sabtu mengedarkan tiga gambar Putera George sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Anak kepada pewaris takhta diraja England, Putera William dan Kate Middleton itu kini berusia 17 bulan dan gambar diambil di sebuah taman Istana Kensington dimana keluarga itu mempunyai sebuah pangsapuri.
George kelihatan segak memakai pakaian “jumper” dengan sulaman imej anggota tentera yang sedang mengawal Istana Buckingham milik nendanya Queen Elizabeth II.
Putera George
Putera George
Pasangan diraja itu sememangnya amat menjaga privasi putera sulung mereka itu dan memohon pihak media membenarkan George membesar tanpa sebarang gangguan.
Meskipun gambar George sering diambil sewaktu majlis-majlis rasmi, peguam pihak Istana telah menghantar surat amaran kepada seorang jurugambar kerana merakamkan gambar kanak-kanak itu dengan pengasuhnya di sebuah taman di London Oktober lalu.
Putera George
Putera George
George bakal mendapat adik perempuan tahun depan setelah ibunya, Kate mengandung dan dijangka bersalin pada April nanti.
Meskipun mengadu mengalami alahan mengandung yang teruk, Kate tetap mengiringi William dalam kunjungan rasmi mereka ke New York minggu ini.
Topic Berkaitan
#Britain
#Kate Middleton
#Putera George
#Putera William
#Queen Elizabeth II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan