Skip to main content

Malaysia

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Ahad

Analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Ahad ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri berkenaan sepanjang tempoh itu. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
Analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Ahad ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri berkenaan sepanjang tempoh itu. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Ahad ini.
  • Kawasan terlibat di Kelantan termasuk Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.
  • Penumpuan angin di timur Semenanjung dijangka membawa hujan berterusan, orang ramai disaran rujuk maklumat terkini di saluran rasmi MetMalaysia.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan yang terlibat meliputi Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Ahad ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri berkenaan sepanjang tempoh itu.

Advertisement

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement