awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II, Kanada umum cuti 19 September

Faida Rahim
Faida Rahim
14/09/2022
02:45 MYT
Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II, Kanada umum cuti 19 September
Trudeau memaklumkan pengisytiharan cuti ini penting bagi memberi peluang kepada rakyat Kanada memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang akan dimakamkan pada hari tersebut. -REUTERS
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena hari istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.
Memetik laporan The Guardian, Trudeau memaklumkan pengisytiharan cuti ini penting bagi memberi peluang kepada rakyat Kanada memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang akan dimakamkan pada hari tersebut.
"Kami akan maklumkan kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan bahawa Isnin merupakan hari berkabung di mana tidak perlu datang bekerja,” kata Trudeau.
Perarakan memperingati kemangkatan Ratu Elizabeth II bakal diadakan pada hari itu nanti dan akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Sementara itu, cadangan untuk melaksanakan cuti umum di Ontario dan Quebec ditolak oleh Gabenor Ontario, Doug Ford.
“Tiada cuti tambahan, hanya kita akan gantikan dengan cuti sedia ada.
"Penduduk akan berdiam seketika, jam 1 tengah hari pada hari itu nanti,” kata Ford dalam satu kenyataan.
Manakala Ketua Menteri Quebec, François Legault memaklumkan cuti sempena hari istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II tidak diwartakan sebagai hari cuti umum.
Jumaat lalu, warga Kanada berkumpul di Queen's Park di Toronto bagi memberi penghormatan di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Kanada
#cuti umum Kanada
#Justin Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan