awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu anti-Asia: White House jadi 'pentas' BTS

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2022
03:37 MYT
Isu anti-Asia: White House jadi 'pentas' BTS
BTS pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Joe Biden di White House pada Selasa. -AP
WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengadakan pertemuan dengan kumpulan K-pop terkenal BTS di White House pada Selasa.
Pertemuan bersama kumpulan dianggotai tujuh pemuda itu sebagai usaha meraih sokongan daripada generasi muda bagi membendung isu anti-Asia.
View this post on Instagram
A post shared by President Joe Biden (@potus)
Salah seorang ahli kumpulan tersebut, RM memaklumkan kepada pemberita bahawa ia satu penghormatan menerima jemputan untuk bertemu dengan Biden.
"Ia satu penghormatan apabila dijemput ke White House hari ini (Selasa) bagi membincangkan isu penting jenayah kebencian anti-Asia, penglibatan Asia serta kepelbagaian,” katanya seperti dilapor media antarabangsa.
Sementara itu, vokalis utama BTS, Jimin berkata, pertemuan tersebut memberi ruang kepada mereka bagi mewakili suara Asia.
Dalam perkembangan sama, setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre dalam sidang media memaklumkan BTS yang dikenali sebagai Bangtan Boys memainkan peranan penting sebagai duta untuk mempromosikan mesej positif dan saling menghormati.
Biden, juga katanya, telah mengetuai pendekatan seluruh kerajaan dalam memerangi isu perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang dihadapi oleh masyarakat Amerika Asia, Orang Asli Hawaii dan Kepulauan Pasifik sejak memegang jawatan sebagai Presiden AS.
Biden mengangkat sumpah jawatan Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS) di Capitol, Washington pada awal Januari lalu.
Beliau sebelum ini lantang bersuara berkenaan komitmennya untuk membanteras peningkatan kes jenayah anti-Asia.
BTS dianggotai oleh Jin, J-Hope, RM, Suga, Jimin, V dan Jungkook.
Topic Berkaitan
#BTS lawat White House
#isu anti-Asia
#Joe Biden
#Jimin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan