awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali lanjut tempoh darurat COVID-19 hingga 22 Mac 2022

Bernama
Bernama
15/12/2021
05:09 MYT
Itali lanjut tempoh darurat COVID-19 hingga 22 Mac 2022
Keadaan darurat membolehkan Kabinet menggubal undang-undang dan bertindak lebih cepat, dan mengelakkan prosedur birokrasi. - Gambar fail
ROM: Kerajaan Itali pada Selasa meluluskan dekri untuk melanjutkan tempoh darurat kepada tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 2022 berikutan pandemik COVID-19.
Tempoh darurat itu sepatutnya tamat pada 31 Disember, lapor Xinhua.
Dekri itu membolehkan kerajaan pusat mengekalkan sekatan antivirus terkini yang dilaksanakan untuk membendung gelombang pandemik keempat ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Antara peraturan tersebut ialah mewajibkan "pas hijau khas" untuk masuk ke tempat awam seperti restoran dan bar, pawagam, gim, kelab malam dan stadium sekurang-kurangnya dari 6 Dis hingga 15 Jan.
Sijil itu menunjukkan bukti seseorang telah divaksin atau pulih daripada COVID-19 dalam tempoh enam bulan yang lalu.
Mereka yang tidak divaksin masih perlu menunjukkan pas hijau "biasa" (dengan bukti ujian COVID negatif) untuk masuk ke mana-mana tempat dan ketika menggunakan pengangkutan tempatan.
Menurut perundangan Itali, keadaan darurat membolehkan Kabinet menggubal undang-undang dan bertindak lebih cepat, mengelakkan prosedur birokrasi, tetapi hanya untuk sektor berkaitan kecemasan.
Darurat pandemik pertama diisytiharkan pada 31 Jan 2020 ketika kes COVID-19 pertama dikesan di Rom -- untuk tempoh enam bulan dan kemudian dilanjutkan beberapa kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#darurat
#Pandemik COVID-19
#gelombang keempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan