awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamin kedudukan Singapura dalam dunia yang berubah jadi fokus utama - PM Wong

Bernama
Bernama
23/05/2025
22:30 MYT
Jamin kedudukan Singapura dalam dunia yang berubah jadi fokus utama - PM Wong
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyampaikan ucapan selepas mengetuai upacara angkat sumpah barisan Kabinet baharunya pada Jumaat. - Gambar Reuters
Singapura: Keutamaan utama kerajaan baharu Singapura ialah memastikan negara itu kekal mempunyai kedudukan yang terjamin dalam dunia yang berubah, kata Perdana Menteri, Lawrence Wong selepas mengetuai upacara angkat sumpah barisan Kabinet baharunya pada Jumaat.
Wong yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan berkata, Singapura tidak boleh berdiam diri dan mesti pantas menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik global.
"Kita akan memperkukuh hubungan dengan kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan China. Kita akan kekal bersahabat dengan kedua-duanya tanpa terperangkap dalam persaingan mereka. Kita akan berinteraksi secara terbuka dan jujur dengan kedua-dua pihak secara konsisten dan berprinsip," katanya dalam ucapan selepas majlis, di Istana, di sini.
Beliau menambah, Singapura juga akan mempererat hubungan dengan rakan sedia ada, sama ada yang dekat mahupun jauh, selain meneroka perkongsian baharu di rantau seperti Afrika dan Amerika Selatan, di mana kehadiran Singapura masih terhad.
Kerajaan juga akan memastikan Singapura kekal sebagai suara yang diyakini, boleh diharap dan dihormati di pentas antarabangsa.
Wong berkata, dalam dunia pakatan yang berubah-ubah, Singapura akan menjadi rakan kongsi yang stabil dan konstruktif - yang sanggup dan mampu menyumbang kepada keamanan dan kestabilan, memajukan dialog dan perpaduan, serta menyokong sistem global berasaskan peraturan.
"Matlamat kita bukan sekadar menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak menentu ini, tetapi turut membantu membentuknya ke arah lebih baik, melalui kerjasama dengan rakan yang sehaluan serta menegakkan prinsip dan nilai bersama, agar negara kecil juga mendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia yang kian mencabar, katanya.
Dalam pada itu, Wong berikrar, kerajaan akan menggunakan mandat yang diterima untuk berkhidmat kepada semua rakyat Singapura, tanpa mengira kaum, bahasa, agama atau kecenderungan politik.
Perdana Menteri berkata, barisan baharunya yang terdiri daripada gabungan menteri berpengalaman dan muka baharu - komited untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin.
"Misi kami jelas - untuk sentiasa mengutamakan rakyat Singapura dalam setiap tindakan dan keputusan kami, mendengar suara anda dan bertindak secara tegas," katanya sambil menambah setiap rakyat akan diberi ruang menyumbang dalam menentukan hala tuju negara.
Dalam ucapan ringkas dalam bahasa Melayu, Wong turut menegaskan, komitmen kerajaan baharu untuk terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat Melayu/Islam dan bekerjasama erat dengan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Perdana Menteri Singapura
#Lawrence Wong
#kabinet singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan