WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat sekali lagi mendesak sekutu kuatnya, Israel supaya menghentikan rancangan gila untuk melancarkan serangan berskala besar ke atas bandar Rafah di mana hampir 1.5 juta penduduk Palestin sedang terperangkap.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh dan tiada perikemanusiaan menegaskan beliau akan tetap meneruskan operasi di bandar paling selatan Genting Gaza tersebut atas alasan mahu menghapuskan Hamas.
Jurucakap Rumah Putih memaklumkan Presiden Joe Biden telah menghubungi Netanyahu pada lewat Khamis supaya tidak meneruskan kempen serangan ganas ke atas lokasi bersempadan Mesir berkenaan tanpa pelan untuk melindungi keselamatan orang awam, lapor AFP.
Komuniti antarabangsa mengutuk keras rancangan zalim rejim Zionis itu memandangkan lebih separuh populasi Gaza yang hilang tempat tinggal kini berlindung di kawasan sesak tersebut yang meliputi kurang 20 peratus daripada saiz asal enklaf tersebut.
“Kami diarahkan untuk ke sana sini tanpa hala tuju dan lokasi terakhir yang didakwa selamat ialah Rafah. Ke mana lagi kami mahu pergi?” ujar Ahlam Abu Assi yang terpaksa berpindah beberapa kali dari Bandar Gaza ke kawasan selatan.
Sejak awal minggu lalu, Britain, Australia, Kanada dan New Zealand juga menggesa rejim Tel Aviv supaya tidak melancarkan operasi di bandar tersebut kerana bimbang dengan skala malapetaka yang lebih dahsyat.
“Israel perlu mendengar saranan sekutunya dan komuniti antarabangsa dan tidak menjadikan nyawa orang awam sebagai taruhan untuk melenyapkan Hamas,” ujar kenyataan bersama negara berkenaan.
Pejabat Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dalam satu kenyataan menyatakan mereka khuatir dengan impak kempen pencerobohan itu memandangkan penduduk Gaza sedang berdepan bencana kemanusiaan yang semakin teruk. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
Penduduk Gaza mendirikan khemah untuk berlindung di kawasan Rafah. - Gambar AP
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.