awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu

Bernama
Bernama
22/10/2024
00:10 MYT
Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu
Luong Cuong ketika tiba di bangunan Parlimen, Hanoi, Vietnam, 21 Okt 2024. (Foto AP)
HANOI: Parlimen Vietnam pada Isnin memilih Jeneral Luong Cuong, 67, sebagai Presiden bagi penggal 2021-2026 selepas undian dijalankan semasa sesi petang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Naib Pengerusi Parlimen Nguyen Thi Thanh membentangkan draf resolusi bagi pihak Jawatankuasa Tetap Parlimen.
Resolusi yang mengesahkan pemilihan Cuong itu disokong oleh kesemua 440 timbalan yang hadir, merangkumi 91.67 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Parlimen.
Cuong, anggota Politburo dan Ahli Tetap Sekretariat, menggantikan Setiausaha Agung To Lam, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Parti dan Presiden Vietnam selepas Setiausaha Agung Nguyen Phu Trong meninggal dunia Julai tahun ini.
Selepas resolusi itu diluluskan, Cuong dijangka akan mengangkat sumpah jawatan.
Dilahirkan di bandar Viet Tri, wilayah utara Phu Tho, Cuong berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pembinaan parti dan tadbir urus negara.
Beliau memulakan kerjaya ketenteraan pada 1975 dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Am Politik Tentera Rakyat Vietnam pada 2011, sebelum dilantik sebagai Pengarah pada 2016.
Cuong merupakan ahli Politburo bagi penggal ke-13 dan telah memegang jawatan penting dalam Parti, termasuk Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti bagi penggal ke-12 dan ke-13.
Beliau juga adalah Ahli Tetap Sekretariat Parti dan telah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pusat Parti sejak penggal ke-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden vietnam
#Jeneral Luong Cuong
#Vietnam
#angkat sumpah jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan