awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun bakal bekukan aset lima pertubuhan Korea Utara

Bernama
Bernama
18/10/2022
05:13 MYT
Jepun bakal bekukan aset lima pertubuhan Korea Utara
Hirokazu berkata sekatan khususnya dikenakan terhadap lima organisasi Korea Utara yang berkaitan dengan pembangunan nuklear dan peluru berpandu.- Fail/REUTERS
TOKYO: Jepun bakal mengenakan sekatan baharu terhadap Korea Utara dengan membekukan aset lima pertubuhan Korea Utara, lapor Sputnik memetik Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno.
"Korea Utara kerap melakukan ujian peluru berpandu yang jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan bukan sahaja negara kita malah rantau ini. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini," kata Hirokazu.
Sekatan khususnya dikenakan terhadap lima organisasi Korea Utara yang berkaitan dengan pembangunan nuklear dan peluru berpandu. Tarikh bila sekatan akan berkuat kuasa belum dinyatakan.
Pyongyang telah menjalankan lapan ujian peluru berpandu sejak 25 Sept termasuk peluru berpandu balistik jarak sederhana yang merentasi Jepun, meliputi 4,500 kilometer (km) pada ketinggian 1,000 km.
Sejak awal tahun ini Korea Utara sudah menguji 27 peluru berpandu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Korea Utara
#Hirokazu Matsuno
#Ujian Peluru Berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan