awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun kerah tentera bantu padam kebakaran hutan

Bernama
Bernama
24/03/2025
10:30 MYT
Jepun kerah tentera bantu padam kebakaran hutan
Kebakaran hutan itu merebak ke kawasan seluas 128 hektar di Ehime dan 250 hektar di Okayama. - Gambar/ AP
TOKYO: Pasukan Pertahanan Darat Jepun menyertai operasi pemadaman kebakaran hutan di wilayah barat Okayama dan Ehime, dengan hampir 2,700 penduduk tempatan diarahkan berpindah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kebakaran hutan berlaku semalam di bandar Okayama dan Imabari, wilayah Ehime," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, pada sidang akhbar Isnin, sambil menambah bahawa "Selain pasukan bomba tempatan, helikopter dari Pasukan Pertahanan Darat telah dikerahkan bagi membantu selepas gabenor kedua-dua wilayah meminta bantuan."
Beliau berkata kebakaran hutan itu merebak ke kawasan seluas 128 hektar di Ehime dan 250 hektar di Okayama.
Arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada 403 keluarga (893 orang) di bandar Okayama, 219 keluarga (381 orang) di Imabari, dan 792 keluarga (1,506 orang) di Saijo, wilayah Ehime, kata jurucakap kerajaan.
Kebakaran hutan besar terakhir di Jepun berlaku di Ofunato, sebuah bandar di timur laut, yang berlarutan selama 12 hari dan memusnahkan 2,900 hektar - bersamaan kira-kira 9 peratus daripada keseluruhan kawasan bandar itu. Pihak berkuasa ketika itu mengarahkan 4,600 orang dipindahkan, manakala sekurang-kurangnya 210 bangunan mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Jepun
#operasi padam kebakaran
#arahan pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan