awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun longgar peraturan visa pelancong China

Bernama
Bernama
25/12/2024
12:26 MYT
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Iwaya memaklumkan kepada pemberita bahawa diplomat tertinggi China, Wang Yi telah bersetuju untuk melawat Jepun awal tahun depan bagi dialog ekonomi dua hala peringkat tinggi. - AP
BEIJING: Jepun akan melonggarkan peraturan visa bagi pelancong dari China bagi memperkukuh hubungan pelancongan dan perniagaan antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya pada Rabu.
Menurut agensi berita Kyodo, Iwaya menyampaikan tentang perancangan itu semasa mesyuarat di Beijing yang memberi tumpuan kepada pertukaran budaya.
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek, yang sebelum ini digantung akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, Iwaya memaklumkan kepada pemberita bahawa diplomat tertinggi China, Wang Yi telah bersetuju untuk melawat Jepun awal tahun depan bagi dialog ekonomi dua hala peringkat tinggi.
Iwaya juga mengesahkan penemuan sebuah boya baharu di zon ekonomi eksklusif Jepun berhampiran Wilayah Okinawa, yang dilaporkan dipasang oleh China dan menyeru agar ia segera dialihkan.
Kedua-dua diplomat turut mengesahkan rancangan untuk menarik balik secara beransur-ansur larangan China terhadap import makanan laut Jepun yang dipersetujui pada September, selepas pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima.
--BERNAMA-KYODO
Topic Berkaitan
#Jepun
#peraturan visa
#Pelancong China
#perkukuh hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan