Sebuah kemudahan yang dibina pihak Jepun di China hari ini mula menjalankan operasi memusnahkan saki-baki senjata kimia yang ditinggalkan di negara tersebut sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, lapor jurucakap rasmi Tokyo dalam sebuah kerjasama luar biasa antara kedua-dua negara.
Kemudahan bagi kerja-kerja melupus itu dibina di Harbaling yang terletak di kawasan timur laut China. Pegawai rasmi kerajaan Jepun memberitahu, terdapat kira-kira 300,000 hingga 400,000 senjata kimia tinggalan perang masih disimpan.
Menurutnya, kedua-dua warga Jepun dan China bekerja di bangunan kemudahan tersebut dan menjelaskan pelupusan senjata kimia itu adalah sebagai tanggungjawab mereka terhadap keselamatan rakyat tempatan dan juga alam sekitar.
Perhubungan antara Tokyo dan Beijing berada dalam fasa paling buruk sejak bertahun-tahun berbalah mengenai isu persempadanan di Laut China Timur, dan sentimen berterusan penjajahan Jepun terdahsyat dalam kurun ke-20.
"Meninggalkan senjata-senjata ini adalah salah satu jenayah besar yang dilakukan penjajah Jepun ketika mereka menakluk China," lapor agensi berita China, Xinhua yang memetik kata-kata pegawai rasmi republik tersebut tanpa menyebut namanya.
Pada tahun 1999, Tokyo dan Beijing telah bersetuju untuk memusnahkan senjata-senjata berkenaan dengan tanggungan dana, teknologi dan pakar keseluruhan dibiaya Jepun. Sepatutnya proses tersebut dilaksanakan pada tahun 2007 sebelum tertangguh hingga 2012 dan seterusnya ditunda lagi.
Akhbar Beijing Times yang menyiarkan pendedahan tokoh akademik Jepun, Yoshiaki Yoshimi melaporkan, Jepun telah menggunakan lebih daripada 7,300 tan gas beracun untuk menghasilkan 7.5 juta senjata antara tahun 1931 dan 1945.
AFP
Mon Dec 01 2014
Proses melupus senjata kimia tinggalan Perang Dunia Kedua itu disifatkan sebagai kerjasama luar biasa antara Jepun dan China - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.