awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 'Ini kejahatan! Pelaku mesti digantung di Monas' - Pendakwah Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2019
22:06 MYT
Jerebu: 'Ini kejahatan! Pelaku mesti digantung di Monas' - Pendakwah Indonesia
Abdul Somad menyifatkan pihak yang terlibat dengan pembakaran terbuka pada skala besar di Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya jerebu teruk telah melakukan kejahatan luar biasa. -Foto Sinar Harian
Pendakwah Indonesia, Abdul Somad menyifatkan pihak yang terlibat dengan pembakaran terbuka pada skala besar di Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya jerebu teruk telah melakukan kejahatan luar biasa.
Menerusi video klip ceramah terbaharunya kelmarin di Masjid Nur Ilham, Dompak, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, beliau dengan nada tegas berkata mereka yang terlibat dengan pembakaran tersebut perlu dikenakan hukuman berat.
"Gara-gara rahmat dicabut, sanggup orang membakar hutan dan 6.7 juta orang (terpaksa) menghirup udara kotor. Rahmat dicabut daripada dalam hati.
"Anehnya yang membakar itu pula solat (sunat) Istisqa meminta kepada ALLAH supaya diturunkan hujan sedangkan yang membakar adalah kamu (dia).
"Saya seumur hidup tidak pernah solat Istisqa. Berbuih orang minta saya solat tersebut. Saya tahu ini bukan kebakaran, sebaliknya dibakar.
"Ini kejahatan. Mereka yang melakukan pembakaran ini mesti digantung di Monas (Monumen Nasional)," katanya.
Sambil berinteraksi dengan hadirin, Abdul Somad turut bertanyakan adakah mereka bersetuju hukuman sama seperti pengedar dadah di ambil terhadap pihak bertanggungjawab melakukan pembakaran.
"Mana lebih berbahaya pengedar syabu atau pembakar hutan? Mereka yang membakar hutan ini memberi kesan buruk kepada bayi.
"Sebentar tadi saya lihat berita, lihat Facebook, orang utan dan ular menjadi korban. Bayangkan itu. Ini adalah kejahatan luar biasa," katanya.
Jelasnya, nenek moyang mereka sebelum ini juga membakar hutan untuk bercucuk tanam seperti menanam padi tetapi tidak pun menyebabkan jerebu.
"Orang yang melakukan pembakaran ini memang jahat luar biasa. Mereka ini tidak boleh dilawan dengan solat sunat Istisqa tetapi dengan hukuman tegas," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Somad
#digantung di Monas
#kejahatan luar biasa
#Monumen Nasional
#Pendakwah Indonesia
#solat sunat Istisqa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan